Monday, March 17, 2014

Lowongan Kerja Bandung Administrasi OKtober 2012

Lowongan Kerja Bandung Oktober 2012Lowongan Kerja Bandung Administrasi OKtober 2012 ini adalah bursa lowongan kerja oktober 2012dari The Strudels Factory House and Cafe yang sedang membutuhkkan karyawan baru. Untuk kalian yang berdomisili di bandung dan sekitarnya info loker Bandung oktober 2012 ini meungkin bisa membantu.

Selain itu LowonganKerja Bandung Oktober 2012 mencari karyawa baru yang akan di tempatkan di Administrasi Dan Accounting. Info ini adalah serangkai dari Lowongan Kerja Terbaru Oktober 2012. Untuk info lebih jelas mengenai Loker Bandung Terbaru Oktober 2012silahkan baca di bawah ini :

The Strudels Factory House and Cafe membuka lowongan kerja sebagai Administrasi dan Accountingq dengan persyaratan sebagai berikut:
Lokasi Penempatan     :     Bandung (Kota)
Pendidikan Minimum     :     SMA/SMK/STM
Pengalaman Kerja     :     1-2 tahun
Jenis Kelamin     :     Pria & Wanita
Range Gaji     :     Rp 1 juta - Rp 2 juta
Tipe Pekerjaan     :     Karyawan
Tanggal Terbit     :     06 Oktober 2012
Tanggal Penutupan     :     05 November 2012
Open in early 2009, 3 years of cooking and serving make The Strudels House and Cafe the best ever. The place are cozy and classic,Salty and sweet strudels are perfect combination to boost your perfect days. for more info about The Strudels House & Cafe menu, visit www.thestrudel.com

LOWONGAN PEKERJAAN

Kami dari The Strudels Factory House and Cafe , yang memiliki dua cabang di Bandung ( Jl Progo 13 A ) dan di Bali ( jl Petitenget 110x Kerobokan Bali ) mencari anda yang rajin,tekun, dan bertanggung jawab untuk menjadi

" ADMINISTRASI & ACCOUNTING "

Persyaratan :

1. SMK/D1/D3/S1 Di bidang akuntansi perhotelan dan restoran
2. Memiliki 2 tahun pengalaman di bidang Food and Beverage
3. Pria/Wanita usia Maksimal 30 Tahun
4. Kreatif, cekatan, inovatif, mampu berkreasi dengan keadaan restoran
1. Kirimkan Surat lamaran + CV + Foto terbaru ke recruitment_autobridal@yahoo.com
2. title / judul email : BB_waitress_Nama ATAU THESTRUDELS_ACCOUNTING_NAMA
3. contoh : THESTRUDELS_ACCOUNTING_MOHAMMAD MUSTAFA

Demikian info dari janelabu mengenai lowongan kerja Bandung Oktober2012. Dan yang berdomsili di bandung buruan daftar agar cepat kerja. Semoga info loker Bandung Oktober 2012ini bisa bermanfaat.

Sunday, March 16, 2014

Saat Cemas Terjatuh Lubang Jamban!



SEORANG kanak-kanak berusia 20 bulan terjatuh ke dalam lubang jamban di Yanji, utara China.

Kanak-kanak lelaki itu hilang kawalan ketika cuba menggunakan jamban berkenaan.

Bomba dipanggil bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak memanggil nama ibunya.

Sebaik saja berjaya diselamatkan, ibunya segera membersihkan anak kesayangannya itu sebelum dia dibawa ke hospital.

Menurut doktor, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius dan bernasib baik kerana terjatuh atas pemukaan yang ‘lembut’…yuksss!!!






Saturday, March 15, 2014

Inilah Gambar Nikita Willy dan Diego Michiels Tidur Bersama Atas Katil




Gambar Nikita Willy dan Diego Michiels Tidur Bersama - Sepertinya Nikita Willy dan Diego Michiels tak henti-henti diterpa isu gambar mesra mereka. Beberapa waktu lalu gambar keduanya yang tampak akrab di sebuah restoran tersebar di internet.

Tak lama setelah foto makan malam itu tersebar, foto keduanya bersanding di depan kamera juga tersebar. Nikita dan Diego mengaku saling kenal, namun keduanya membantah mempunyai hubungan istimewa.

Seiring tersebarnya gambar-gambar itu, hubungan Nikita dan kekasihnya Bara Tampubolon terputus. Bara menuduh Nikita telah curang kepadanya lalu ia memutuskan hubungan itu.

Kini yang terbaru, gambar mirip Nikita dan Diego muncul lagi. Kali ini gambar mirip keduanya tampak lebih intim.

Dalam gambar tersebut, kedua-duanya tampak tidur bersama di atas katil berwarna putih. Lelaki mirip Diego pun terlihat memeluk bahagian dada wanita mirip Nikita dari belakang.

Kedua-duanya kelihatan begitu intim dan mesra. Namun lagi-lagi kedunya sepintas hanya terlihat mirip. Belum dapat dipastikan pasangan itu benar-benar Nikita dengan pemain bola sepak PAsukan Garuda itu atau bukan.




Sumber

Friday, March 14, 2014

10 Kamera Keren Terbuat Dari Kertas

1. Hole-on-Ex DIY Paper Camera



2. The Peyote Paper Camera by Corbis Readymech



3. Sharan SQ35 Paper Camera for Rolls of Film



4.Rubikon Paper Camera by Hubero Kororo



5. Pinhole Art DIY Camera



6. Pentax Paper Camera



7. World Pinhole Camera Day by Corbis Readymech




8. Dirkon Paper Camera




9. Mother Camera by Corbis Readymech




10. Paper Polaroid Camera




sumber

Thursday, March 13, 2014

Muslihat belaan setia

Toyol dan kejahatan yang ditugaskan kepadanya adalah berpunca daripada niat sesat si pemuja. Seperti yang dialami penduduk kampung di Kuantan, Pahang baru-baru ini, rata-rata percaya kecurian itu bukan dilakukan manusia.
SEPERTI kanak-kanak biasa, Mohd. Amirul Mohd. Zainuddin, 11, gemar bermain pada waktu petang bagi merehatkan fikiran selepas mengikuti sesi persekolahan yang memenatkan.


Justeru, menjadi rutin bagi pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Pandan itu untuk segera menyiapkan kerja rumah sebaik pulang dari sekolah agar tidak ketinggalan menyertai rakan lain bermain.
Namun pada Ogos lalu, dia tidak menjangka aktiviti yang dilakukan setiap petang itu secara kebetulan telah mengheretnya untuk melalui satu pengalaman yang amat menakutkan.


LAKARAN Mohd Amirul Mohd Zainuddin, 11, mengenai toyol yang dilihatnya mengintai di belakang tingkap jirannya baru-baru ini.


"Pada hari itu, saya tidak sabar untuk keluar dari rumah. Siap sahaja kerja sekolah, saya terus bergegas ke halaman rumah jiran yang terletak selang sebuah rumah dari rumah saya," katanya ketika ditemui Kosmo!  di Kampung Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Apabila sampai, Mohd. Amirul memberitahu, dia bersama beberapa rakannya mula bermain sehinggalah tiba waktu senja.
"Ketika asyik berkejaran, timbul rasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu sedang memerhatikan saya dari celah tingkap rumah yang terletak bertentang dengan halaman kami bermain," ungkapnya.
Tambah anak kedua dari tiga beradik ini, badannya juga secara tiba-tiba berasa seram sejuk bagaikan dapat mengesan kehadiran entiti misteri.
"Hati saya berat untuk melihat ke arah tingkap itu tetapi kerana ingin tahu saya cuba memberanikan diri.
"Apabila dipandang, darah saya berderau apabila mendapati satu wajah aneh berwarna hijau, bertelinga panjang, bermata merah dan bergigi tajam menyeringai sambil merenung tepat ke arah saya," ujarnya.


RUMAH salah seorang mangsa di Kampung Baru Pandan 2, Kuantan yang sering berlaku kecurian pelik.




SESETENGAH orang sanggup memuja toyol dan mendapatkan syiling toyol untuk mengaut wang segera.



SALAH seorang mangsa yang mengesan kecurian oleh toyol melalui kesan lipatan pada wang kertasnya.



RAFEAH menunjukkan tempat dia menyimpan duit sebelum hilang dikebas toyol di rumahnya.





Tanpa berlengah, Mohd. Amirul menyatakan dia bertindak melarikan diri dengan pulang ke rumah ekoran terlalu takut.
"Saya sempat jerit pada kawan ada hantu dekat tingkap. Selepas kejadian itu, saya tidak ceritakan kepada sesiapa sehingga emak dan beberapa penduduk lain kecoh mengenai toyol yang mencuri duit di sekitar kampung," tuturnya lagi.
Bisnes lingkup
Sebelum peristiwa dialami oleh Mohd. Amirul, pemilik rumah berkenaan, Roslan Ismail, 42, mengakui dia mungkin mangsa pertama gangguan toyol di kampung itu. Sehingga kini, dia sudah kehilangan puluhan ribu ringgit.
"Saya percaya toyol yang dilihat oleh anak jiran di rumah saya ini sudah mencuri duit kami sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini saya tidak percaya, tetapi apabila mengalami sendiri kejadian aneh itu baru saya yakin ia bukan kerja pencuri," katanya.
Mengimbas kembali antara kejadian itu, Roslan menyatakan dia pernah kehilangan wang tunai RM150 walaupun diletakkan di atas televisyen yang ditonton oleh ahli keluarga.
Rentetan kerja toyol itu, dia berkata, perniagaannya lingkup, memiliki hutang keliling pinggang dan gagal membesarkan rumah miliknya.
"Saya sudah putus asa untuk berniaga, apatah lagi wang berniaga dan wang simpanan telah habis dicuri. Saya juga sering bergaduh dengan anak dan isteri sebelum ini kerana mengesyaki itu perbuatan mereka," ujarnya.
Seorang lagi mangsa, Rafeah Wan Abdul Kadir, 59, memberitahu, dia langsung tidak berenggang dengan wang simpanannya selepas mengalami sendiri peristiwa aneh di kediamannya.
"Dalam tak sedar, hampir RM10,000 wang makcik hilang sejak dua tahun lalu tetapi kita tak berani hendak tuduh sesiapa.
"Sehinggalah baru-baru ini, makcik terjumpa kesan tapak kaki kecil aneh sebesar dua jari di atas lantai dan kipas. Sejak itu makcik sekeluarga percaya ia dilakukan oleh toyol," ceritanya.
Dayang Musa, 55, pula berkata, walaupun tidak pernah terserempak dengan toyol, dia mengesyaki wangnya dikebas makhluk halus itu berdasarkan tanda yang ditinggalkan.
"Toyol itu tidak curi semua tetapi hanya mengambil sebahagian kecil wang hampir setiap hari. Contohnya kalau kita ada RM1,800 dia akan curi RM200.
"Tapi saya perasan ia kerja makhluk halus itu apabila dia seperti pandai pula melipat bucu salah sekeping wang yang terikat sesudah mencuri," tegasnya.
Dijaga seperti bayi
Menurut seorang pengamal ilmu perubatan tradisional, Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah, salasilah toyol itu bermula daripada tinjauan pemujaan bayi yang baru mati. Kubur bayi itu dibongkar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk upacara menghidupkan semula.
"Konsep diberi nyawa itu bermakna fizikalnya digerakkan dengan kemasukan sesuatu yang bukan roh muqaddas (suci), sebaliknya tipu muslihat jin atau syaitan yang mendampingi niat pemujanya.
"Mengetahui ia sudah dipunyai tuannya, toyol itu akan diajar kaedah tertentu kepadanya, khususnya mencuri," jelasnya yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Idrus ini.
Lazimnya, si pemuja adalah di kalangan lelaki yang mempunyai isteri yang belum atau tidak akan langsung dikurniakan zuriat.
"Ini sebagai syarat agar toyol itu berasa lebih dimiliki oleh tuannya dan akan betul-betul menjaganya laksana anak sendiri. Seperti hubungan bayi dengan ibunya, kali pertama toyol dibawa pulang, ia perlu disemayamkan iaitu dibiar tidur bersama isteri si pemuja itu untuk disusukan," terangnya.
Keakraban hubungan antara toyol dengan pasangan itu turut bergantung kepada sama ada si ibu memiliki susu badan yang banyak.
Tambahnya, toyol yang mungkin berasal daripada sebentuk janin ini boleh muncul sebesar botol kicap secara perbandingan. Ia hanya ditugaskan untuk mencuri kerana hanya itu yang boleh dilakukan lantaran saiznya yang kecil dan tidak berdaya. Itulah sebabnya toyol tidak dikaitkan dengan perbuatan jahat lain," terang Pak Idrus.
Sebab itulah, seperti kes yang menggemparkan penduduk di Kuantan minggu lalu, mangsa-mangsa kecurian mendapati wang mereka susut sedikit demi sedikit dan tidak hilang semuanya sekali gus.
"Ada juga toyol yang diajar untuk mencuri rokok. Barang kali ia boleh mengambil sekotak rokok, tetapi tidak dengan pemetik apinya sekali," jelasnya lagi.
Jual beli di Parangtritis
Pensyarah Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia, Medan itu juga mendedahkan tentang keanehan jual beli di suatu kawasan pinggir laut bernama Pantai Parangtritis di Jogjakarta.
"Di situ, sesiapa sahaja boleh membeli toyol untuk dijadikan belaan mereka. Harga jualannya adalah berdasarkan usia dan kemahiran mencuri yang diajarkan oleh penjualnya. Sejurus urus niaga, toyol yang dibeli itu akan setia kepada tuan barunya.
"Harga toyol baru adalah sekitar tujuh juta Rupiah (RM2,510) manakala toyol yang lebih hebat mencapai harga 20 juta Rupiah (RM7,180) untuk dimiliki," akui Pak Idrus yang kesal apabila mengetahui bahawa kebanyakan penjual toyol adalah beragama Islam.
Namun begitu, setiap yang diperhamba atau yang dibebani dengan permintaan dan tugas tentu ada tuntutan pulangan. Masyarakat Melayu mempercayai tuan toyol memberi habuan makanan seperti ayam kepada peliharaannya itu.
"Lebih daripada itu, kita bimbang jika tipu daya toyol ini akan membuatkan pemujanya menerima kecelakaan yang mengakibatkan kecederaan ataupun kematian. Tanpa tuan, toyol itu akan bebas dan mencari tempat tinggal sendiri," katanya.
Tambah Pak Idrus, ahli keluarga atau penduduk kejiranan yang mendakwa diganggu toyol boleh menduga kehadirannya dengan menabur kacang hijau di perkarangan rumah.
Apabila diperiksa corak taburan biji kacang itu berubah tanpa disentuh manusia, ia menunjukkan bahawa toyol itu telah bermain dengannya. Dipercayai, sifat keanak-anakan toyol itu membuatkan ia melihat kacang hijau tersebut sebagai permainan yang melekakan.
Usaha menangkap toyol mungkin sukar bagi yang kurang berpengalaman mengenai sifat dan kaedahnya. Namun, gangguan toyol yang hakikatnya jin dan syaitan itu boleh dihindari dengan mengamalkan bacaan ayat al-Quran di rumah.
"Selain ayat Qursi, bacaan surah Thoha juga membantu. Surah Thoha antara lain mengingatkan manusia bahawa setiap yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Tiada syarat ayat itu perlu diulang mengikut kekerapan tertentu. Bacalah seikhlas hati dan mohon perlindungan daripada Allah," pesan Pak Idrus.

Wednesday, March 12, 2014

Umno singkir 61 termasuk Kamilia Herman Tino


Malaysiakini Apr 22 2013 
Umno menyingkirkan seramai 61 orang anggotanya, termasuk timbalan ketua sayap Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan penyanyi pop 80-an Herman Tino, atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Lidah parti berkenaan, Umno Online menyebut, individu yang dipecat itu tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Laporan organ tersebut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang berkata, keputusan itu dibuat mengikut fasal 201.10 perlembagaan parti itu.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya seperti dipetik laman berkenaan.

Monday, March 10, 2014

Walau dibantah BN PP kekalkan senarai muktamad


  • Malaysiakini Apr 17 2013
BN Pulau Pinang tidak akan menyemak semula senarai calon mereka walaupun dibantah pihak yang digugurkan atau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke13 pada 5 Mei ini.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata, senarai itu sudah dimuktamadkan kerana parti sudah membuat pendirian berhubung sabotaj dalaman.

NONEDitanya tentang tiga pemimpinnya yang mengisytiharkan perang kerana digugurkan, Teng (kiri) berkata: "Terpulang kepada mereka hendak bertanding sebagai bebas".

"Tidak banyak yang dapat saya lakukan kerana mereka meletakkan kepentingan sendiri di atas kepentingan parti."

Malam tadi, Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon.

Mohan bercadang bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA) dan Shariff mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan".

Sunday, March 9, 2014

Berita Palsu Adila Hussin McGhee Murtad Peluk Kristian



Berita palsu Adila Hussin McGhee atau Aidila Hanani dituduh murtad peluk agama kristian. Warga Malaysia yang dikenali sebagai Aidila Hanani telah mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh murtad dan menjadi pendakwah kristian di sebuah gereja di Amerika Syarikat. Semua salah faham ini bermula apabila Adila telah menerima jemputan dari pihak gereja disana untuk memberi ceramah tentang budaya di Malaysia. 

Namun, pihak gereja berkenaan mengeluarkan sebuah artikel dalam penerbitan mingguannya yang mendakwa Aidila atau lebih dikenali sebagai Adila Mcghee telah memeluk agama kristian dan menjadi pendakwah di gereja berkenaan. Berikutan itu, isu Adila Murtad telah tersebar dilaman sosial dan memberi impak khususnya di Malaysia.

adila-hussin-mcghee

Petikan Fitnah Yang Tersebar Di Laman Sosial

fitnah

Biodata Adila Hussin McGhee aka Aidila Hanani

Nama Sebenar: Aidila Hanani/ Adila Hussin
Umur: 43 Tahun
Pekerjaan: Tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC
Asal: Ipoh Perak
Pendidikan: Kolej Islam Klang (KIK) Selangor,  Universiti Kebangsaan Malaysia
Nama Suami: F Mcghee

Punca Sebenar Adila Hussin McGhee aka Aidila Hanani Dituduh Murtad

Khabar angin mula tersebar selepas dia menghadiri sebuah program komuniti yang diadakan di sebuah gereja di kawasan kediamannya. Beberapa minggu selepas itu gereja berkenaan mengeluarkan sebuah artikel dalam penerbitan mingguannya yang mendakwa Aidila atau lebih dikenali sebagai Adila Mcghee telah memeluk agama kristian dan menjadi pendakwah di gereja berkenaan.

Ia sebenarnya silap faham gereja dan penulis artikel berkenaan mengenai kehadiran saya ke sana. Saya ingin tegaskan saya diundang ke program komuniti itu sebagai salah seorang penceramah untuk berkongsi cerita mengenai cara hidup masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Adila dan suaminya F McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan tersebut agar dapat membersihkan namanya.

sumber


Saturday, March 8, 2014